Pada akhir-akhir zaman ini, ramai kebanyakan kita lebih mengingati tarikh-tarikh yang dipengaruhi oleh ideologi-ideologi orang kafir seperti Happy New Year, Valentine's Day, Teacher's Day, Mother's Day, Father's Day dan sebagainya tapi kita sering kali terlepas pandang akan tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah ketamadunan Islam sejak awal perkembangan Islam lagi. Apa kata mulai saat, tika dan masa ini, kita tanamkan semangat baru untuk mengimbau kembali peristiwa-peristiwa Islam yang telah berlaku mengikut bulan Islam.
Antara peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan ini (Rejab) adalah :
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)Pada bulan ini, telah berlakulah Hijrah pertama Rasulullah dan Ummat Islam. Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Di antara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Uthman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’rajIsra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
3. Perang TabukApa itu Perang Tabuk?Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-MuqaddisBaitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Melalui peristiwa-peristiwa tersebut, banyak yang kita boleh ambil iktibar darinya. Antaranya ketika peristiwa pembebasan Baitul Muqaddis. Dengan ketabahan dan kecekalan semangat Salahuddin Al-Ayubi, Baitul Muqaddis dapat dibebaskan. Tetapi disebabkan kelalaian umat Islam dengan nikmat itu, berlaku perpecahan antara mereka dan inilah peluang orang Yahudi durjana menawannya semula tanpa rasa malu. Kita sepatutnya tidak mudah leka dan lalai dengan nikmat keamanan kerana musuh-musuh Islam di luar sana sentiasa memerhati dan menanti peluang.
0 comments:
Catat Ulasan