HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...



Surah An-Nisaa' : 95

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang karena uzur) dengan kelebihan satu derajat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada uzur) dengan pahala yang amat besar."

Mungkin kebanyakan anda semua dah tahu dan pernah mendengar perkhabaran dari seluruh dunia terutama saintis2 di barat dan sarjana2 kuno bahawa dunia akan mengalami satu titik tolak yang besar dijangkakan pada 2012..kita sebagai orang islam wajar menilai sejauh mana kebenaran tersebut berlandaskan pada al-qur'an dan sunnahnya..

Adakah dunia sudah tiba masanya untuk ke era baru yang besar atau petanda kiamat besar akan menjelma?

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila lawati link ini:
www.j-qaf.net/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=5124&viewmode=flat&order=ASC&start=0

TEMA 2009 :

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia




Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Bibirku mengucapkan
Perasaan hati yang silih berganti
Hati sering bertanya
Apakah benar ucapan kata

Walau bibir melafaz marah
Tetapi hati merindu sayang...
Andai hati seiring kata
Terjalinlah cinta marah-marah sayang

Kini bibir dan hati membisik ucapan
Kaulah yang ku nanti

Kini bibir dan hati seiring
Hulurkan tanganmu hampiri lah daku...
Mari kita menuju bersama
Membina kan kasih marah-marah sayang...










BY : AMAR

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati










BY : MARSHANDA

Sedihku sakitku kuterima
Kurela kupasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu kumemohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah








BY : MESTICA

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

Ibu...rindunya aku padamu...
Aku sayang ibu...

Ibu...
Maafkan aku bu...
Kiranya aku banyak menyakiti hatimu...
Keterlanjuran bicaraku selama ini...
Aku mohon ampun darimu...
Aku rindu padamu ibu...

Ibu...
Akan kubalas jasamu bu...
Walaupun aku berada jauh darimu...
Walaupun aku sudah menjadi milik orang lain...
Percayalah bu..
Aku tetap mengingatimu..
Di setiap doa di penghujung solatku...
Di setiap hujung talian telefonku...
Aku rindu ibu..

Ya Allah...
Ampunkanlah dosa ibu..
Kau berilah kebahagiaan kepadanya dunia dan akhirat..
Kau berikanlah kesihatan kepadanya...
Kau berikanlah ketabahan untuknya menghadapi dugaan mendatang...
Kerana aku sayang ibu...

Ibu..
Andainya aku pergi dulu sebelummu...
Kau ampunkanlah dosa-dosaku ya ibu...
Aku sayang ibu...
Ibu...oh ibu...

Di hari yang berbahagia ini...
Ingin kuucapkan..
seperti tahun-tahun yang lalu..
SELAMAT HARI IBU...

Dengarkanlah ibu...



AMANI

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati


KETULUSAN HATI

Sedihku sakitku kuterima
Kurela kupasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu kumemohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Di dunia yang sarat godaan
Kumohon dosaku diampunkan
Ingin bahagia, Dunia akhirat
Turunkan rahmat-Mu untukku

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Dunia ini ciptaan Allah sebagai salah satu dari nikmat dan rahmat-Nya untuk manusia. Ini kita semua faham. Tetapi dalam pada itu, Islam mencemuh dunia. Allah ada berfirman yang maksudnya: Dunia ini hanyalah mata benda yang menipu.

Rasulullah SAW juga ada bersabda: Dunia ini ibarat bangkai. Hanya anjing sahaja yang akan merebut bangkai.

Kalaulah dunia ini menipu dan dunia ini ibarat bangkai, kenapa Allah cipta dunia ini? Kenapa kita dihantar pula ke dunia ini? Tak boleh ke kita ambil dan kita guna dunia ini? Kalau tak boleh, matilah kita. Apa kita hendak makan? Apa kita hendak minum? Apa kita hendak pakai? Di mana kita hendak tinggal? Sebenarnya apa yang dikatakan Dunia itu bukan setakat dunia lahir ini sahaja dan segala macam mata benda yang terkandung di dalamnya.

Dunia termasuk juga perkara-perkara yang maknawi dan yang bukan material. Memang wang ringgit dan harta kekayaan itu dunia. Kereta itu dunia. Rumah itu dunia. Akan tetapi gelaran dan darjah kebesaran seperti Dato, Tan Sri, Tun dan sebagainya adalah juga dunia. Pujian dan glamour juga dunia. Populariti juga dunia. Kemegahan dan kemasyhuran juga dunia. Pengaruh juga dunia. Termasuk juga apa yang dikatakan dunia ialah perkara-perkara dan perbuatan yang sia-sia. Tengok wayang adalah dunia. Berpesta-pesta dan berpeleseran adalah dunia. Berfoya-foya adalah dunia. Menonton perlawanan bola sepak atau perlumbaan kereta formula 1 adalah dunia. Menonton konsert rock, ronggeng dan joget adalah dunia. Bermain terup dan pakau juga dunia. Perkara dan perbuatan maksiat sudah tentulah dunia. Tidak ada maksiat yang bukan dunia.

Semua maksiat adalah dunia. Minum arak adalah dunia. Berjudi adalah dunia. Bergaul bebas lelaki perempuan, berdansa dan berzina adalah dunia. Salah guna dadah adalah dunia. Rasuah adalah dunia. Menipu, mencuri, pecah rumah dan merompak kesemuanya adalah dunia.

Malahan ada rasa dan amalan hati yang juga dikira dunia. Riak adalah dunia. Ujub adalah dunia . Sumah adalah dunia. Hasad dengki, ego, sombong dan angkuh kesemuanya adalah dunia . Yang sedihnya, kadang-kadang sembahyangpun jadi dunia. Puasa jadi dunia. Baca Quran jadi dunia. Sedekah jadi dunia. Naik haji jadi dunia. Belajar ilmu agama sampai alim pun jadi dunia. Sebenarnya, apa pun boleh jadi dunia.

Dunia atau tidak sesuatu benda atau perkara itu bukan terletak kepada benda atau perkaranya. Ia bergantung kepada tujuan dan matlamatnya. Kalau sesuatu benda atau perkara itu, natijahnya terhenti setakat dunia maka jadi dunialah dia. Tetapi kalau natijahnya membawa kepada kebaikan, kepada keredhaan Allah dan ada pula nilai pahalanya, maka ia sudah tidak jadi dunia lagi. Ia sudah jadi Akhirat. Benda dunia pun seperti wang ringgit, kalau digunakan untuk bersedekah atau berjihad kejalan Allah, maka wang ringgit itu sebenarnya sudah diakhiratkan. Ia bukan dunia lagi. Ilmu dunia pun seperti ilmu kedoktoran, kalau digunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan merawat orang yang sakit kerana Allah, maka ia sudah jadi Akhirat.

Sebaliknya amalan Akhirat sekalipun seperti sembahyang, bersedekah, berdakwah dan membaca Quran kalau dibuat dengan tujuan untuk riak dan menunjuk-nunjuk, untuk mendapat duit, nama dan pujian dan untuk mendapat pengaruh, maka ia sudah jadi dunia. Tidak ada nilai Akhiratnya. Inilah yang menipu. Inilah yang diibaratkan sebagai bangkai. Perkara sia-sia dan maksiat sudah tentu tidak ada kebaikan padanya. Ia hanya membuang masa dan mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.

Oleh itu, perkara sia-sia dan maksiat akan tetap jadi dunia dan mustahil dapat diakhiratkan. Tambahan lagi kita tidak boleh berjudi, minum arak, berzina, menipu, mencuri dan merompak dan diniatkan pula semua itu kerana Allah kerana semua itu adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah. Oleh itu tidak ada nilai Akhirat sedikit pun bagi perbuatan yang seperti itu.

Konsep dunia untuk dunia atau dunia habis di dunia dinamakan sekularisme . Fahaman sekularisme tidak mengambil kira tentang Akhirat dan tidak mengkaitkan soal kehidupan dengan Akhirat. Dalam fahaman sekularisme, Akhirat tidak wujud. Sekularisme ialah fahaman yang umum. Apa sahaja amalan, sistem dan ideologi, kalau tidak ada kaitan dengan Akhirat atau tidak dikaitkan dengan Akhirat adalah sekularisme. Oleh itu komunisme adalah sekularisme. Sosialisme adalah sekularisme. Demokrasi pun adalah sekularisme. Bukan sahaja sistem-sistem ini tidak ada kaitan dengan Akhirat, ia juga bertentangan dengan syariat dan apa yang dikehendaki oleh Islam. Oleh itu nilai Akhiratnya ternafi dengan sendirinya. Kapitalisme juga adalah sekularisme. Sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba juga sekularisme. Semua sistem ini adalah sistem-sistem dunia yang dicipta oleh akal manusia. Akal manusia tidak ada mencipta apa-apa sistem yang tidak sekularisme. Semua sistem ciptaan akal manusia adalah sekularisme. Akal manusia sebenarnya tidak mampu mencipta apa-apa sistem yang terkeluar dari tujuan dan pengaruh dunia atau sekularisme.

Tambahan lagi, yang mencipta sistem-sistem ini adalah orang-orang yang kufur dengan Allah. Akhirnya di dunia ini hanya ada dua sistem sahaja iaitu sekularisme dan Islam. Satu adalah hasil ciptaan akal manusia dan satu lagi adalah wahyu dari Tuhan. Kalau dijangkau dengan lebih jauh lagi, segala amalan dan perbuatan sia-sia dan maksiat juga adalah sekularisme. Orang yang membuat kerja sia-sia dan maksiat tidak pernah melakukannya untuk tujuan Akhirat malahan adalah untuk tujuan dunia semata-mata. Maksiat adalah seratus peratus urusan dunia.

Sebab itu kita sangat bimbang bila melihat sesetengah orang atau sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya menuduh pihak lain sekular. Besar kemungkinan yang menuduh itu juga hebat sekularismenya sama ada dalam amalannya, cara hidupnya, pegangannya ataupun perjuangannya.

Hanya orang atau pihak yang cara hidupnya seratus peratus Islamik dan berpandukan Al Quran dan As Sunnah yang layak mengaku diri tidak sekular. Kerana kalau dia tidak seratus peratus Islamik, maka sudah tentu dia terjebak dengan sekularisme di mana-mana. Merokok contohnya ialah perbuatan atau amalan sekularisme. Ia adalah amalan dunia yang mutlak. Tidak ada nilai Akhirat langsung dalam merokok. Umat Islam di dunia berbelanja berbillion-billion ringgit setahun untuk membeli rokok. Yang jadi kaya ialah orang kafir, orang Yahudi dan Nasoro. Dengan untung rokok itulah mereka merosakkan Islam dan meruntuhkan akhlak serta moral muda mudi Islam. Kalau kita merokok, mana layak kita menuduh orang lain sekular. Kita sendiri bukan setakat sekular, kita bagi duit lagi pada musuh untuk memusnahkan Islam. Ini boleh diqiaskan dengan perkara-perkara yang lain.

Dunia ini Allah cipta dan diserahkan kepada kita manusia sebagai khalifah-Nya untuk ditadbirkan . Kita pula dituntut supaya mentadbir dunia ini mengikut hukum hakam dan syariat Tuhan . Bila ini dapat kita lakukan maka barulah seluruh isi dunia ini dapat memberi manfaat kepada kita. Barulah segala isi dunia ini ada nilai Akhiratnya. Allah akan memberi ganjaran atas segala usaha-usaha kita. Dan disebabkan kita menggunakan hukum hakam Tuhan, maka semuanya akan selamat dan menyelamatkan. Akan tercipta syurga di dunia ini sebelum syurga di Akhirat.

Hadith ada mengatakan bahawa dunia ini ibarat ladang. Di sinilah tempat kita bercucuk tanam. Hasilnya akan kita tuai di Akhirat. Akan tetapi kita tidak puas hati setakat menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Kita hendak jadi tuan bumi ini. Kita tidak mahu ikut sistem dan perundangan Tuhan yang memiliki bumi ini. Kita hendak gunapakai sistem ciptaan manusia yang hanya menumpang dibumi ini. Oleh itu Allah berlepas diri. Tidak ada ganjaran dan pahala dari Tuhan. Tidak ada rahmat dan kasih sayang dari Tuhan. Tidak ada apa-apa nilai di Akhirat.

Maka hiduplah manusia dengan sekularismenya di muka bumi. Dunia untuk dunia. Dunia habis di dunia. Di Akhirat manusia jadi muflis dan bankrap. Disebabkan sistem ciptaan manusia hanya berbentuk sekularisme dan duniawi semata-mata yang mementingkan keperluan lahir dan jasad tanpa menghiraukan dan mengambil kira tuntutan-tuntutan hati dan rohani manusia, maka tidak wujud kasih sayang, tidak ada belas ihsan dan tidak ada tolong menolong dan bela membela. Ia penuh dengan sikap nafsi-nafsi dan tidak ada pimpinan, rahmat dan kasih sayang dari Tuhan. Hasilnya, dunia jadi haru-biru, huru-hara, kucar-kacir dan kacau-bilau.

Dengan sekularisme, manusia mencipta neraka di dunia sebelum neraka yang sebenar di Akhirat. Di sini jugalah letaknya titik pemisah di antara apa yang dikatakan orang dunia dan orang Akhirat. Walaupun semua manusia itu berada dan hidup di dunia, tetapi sesetengah dari mereka menjadikan dunia ini sebagai matlamat. Mereka ini dikatakan orang dunia. Bagi orang Akhirat, dunia ini hanyalah alat atau modal untuk mencapai sesuatu yang lebih murni, lebih mulia dan lebih tinggi iaitu keredhaan, keampunan, rahmat dan kasih sayang Tuhan. Dunia ini ladang bagi mereka. Di sinilah tempat mereka berusaha dan bercucuk tanam sebanyak-banyaknya. Hasilnya nanti dikutip di Akhirat di sisi Allah Azza wa Jalla.
Blog Widget by LinkWithin