HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...


Emosi yang tidak terkawal boleh membahayakan diri. Kerana ketika dalam keadaan marah, suhu kemarahan sukar dikawal. Dan dalam keadaan itu, sahabat kamu cenderung bertindak mengikut nafsu, sehingga boleh memudaratkan diri sendiri. KAMU, sebagai sahabat, boleh melakukan perkara seperti ini :

1. Minta dia duduk dan bertenang

Dekati dirinya, usap lembut di belakang bahunya sambil membisikkan kata-kata nasihat dan memintanya banyakkan beristighfar. apabila dirinya sudah tenang, dudukkan atau baringkannya supaya tahap kemarahan reda.

2. Menjadi pendengar setia

Tertekan di tempat kerja atau belajar, itu adalah masalah biasa. Namun, pastinya dia memerlukan seseorang untuk meluahkan apa yang terpendam di jiwa. Selain menjadi pendengar setia kepada permasalahannya, kamu juga boleh galakkan dia bermain sukan atau berjalan-jalan. Aktiviti sihat ini akan membuatkan jiwa menjadi lebih tenang dan bersemangat.

3. Nasihatkan supaya bersyukur

Kadang-kala kamu ada juga terdengar keluhan daripada sahabatmu tentang kekurangan yang ada pada dirinya. Dia membandingkan kekurangannya dengan kelebihan yang ada pada diri orang lain ataupun dengan diri kamu sendiri. Seharusnya kamu menasihatinya agar tidak mengeluh dengan pemberian yang diberi oleh Allah sebaliknya bersyukur dengan rahmat-Nya. Sesungguhnya setiap ciptaan itu adalah yang terbaik untuk kita.

4. Banyakkan bersabar

Jangan mengambil keputusan dalam keadaan marah, kerana kelak akan menyesal. Orang yang tengah marah hilang tumpuannya, dan kurang menilai dalam menentukan keputusan. Untuk itu, nasihatkan sahabat kamu supaya bersabar dan apabila emosi sudah tenang, barulah membuat keputusan dengan waras.

5. Jadikan sebagai ujian

Apabila sahabat kamu berhadapan dengan masalah peribadi yang serius seperti masalah keluarga atau percintaan, kamu sebagai sahabat karibnya berperanan untuk membantunya. Nasihatkan sahabat kamu agar tidak bersedih dengan apa yang terjadi. Menyedarkannya bahawa setiap musibah atau kesulitan yang berlaku itu merupakan uijian dari Allah untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran sahabatmu itu.

6. Dengar apa yang dia ingin luahkan

Orang yang dalam keadaan marah, tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi. Dan oleh kerana itu, dia tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian. Justeru, kamu yang paling rapat dengannya, bertindaklah dengan bijak. Berfikirlah seperti pakar kaunseling. Kenal pasti apa yang dihadapinya dan terangkan kepadanya dengan baik. Beritahu sahabatmu bahawa kamu benar-benar memahami situasi yang dihadapinya.

7. Peluk dengan kasih sayang

Apabila tahap kemarahan sahabatmu semakin reda dan dia dalam keadaan tenang, kamu peluklah dia dengan erat sambil menepuk-nepuk belakang badnnya. Ia sebagai tanda yang kamu amat mengambil berat tentangnya dan juga tanda ucapan syabas, kerana sahabatmu sudah kembali mendapat ketenangan dan normal.

Dipetik dari : Majalah Dara.com Edisi 87-SEPT.09

Alangkah bagusnya kalau dapat sahabat seperti ini...dan alangkah bagusnya sekiranya aku mampu menjadi sahabat seperti ini...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin