HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...

Sejak akhir-akhir kebelakangan ini, banyak perkara terjadi di Kota Marudu. Mungkin ia berpunca dari tangan-tangan manusia sendiri dan mungkin ia merupakan ujian dari Allah untuk hamba-Nya atau mungkin ia adalah sebahagian bala Allah??

Apapun yang terjadi, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran sepatutnya berfikir dan memuhasabah diri serta sentiasa memuji kekuasaan Allah...

Seperti yang diketahui umum, perkara yang sedang hangat diperkatakan dan membimbangkan penduduk Malaysia sekarang adalah wabak influenza H1N1 yang semakin membimbangkan. Di Kota Marudu khususnya di SK Langkon juga tidak terlepas dari 'bahang' wabak ini berikutan kes pelajar dikuarantin dan disyaki H1N1 selepas mengikuti program Perkhemahan Pengakap baru-baru ini...





Sementara itu, fenomena angin kencang yang berlarutan juga berlaku di Kota Marudu selama seminggu lebih bermula awal bulan Ogos...



Dan yang terbaru, pada 9 Ogos 2009 (Ahad), satu kebakaran telah berlaku di belakang sekolah Sk Langkon, yang berpunca daripada pembakaran terbuka penduduk setempat yang membakar kebun untuk bercucuk tanam...disebabkan cuaca masih berangin, api mudah merebak ke kawasan belakang sekolah...mujur pihak bomba datang awal dan dapat memadam api yang semakin marak walaupun masih terdapat sisa-sisa api dan asap daripada kebakaran itu...kesan daripada kebakaran ini, kelas-kelas di sekolah SK Langkon dipenuhi dengan debu-debu hitam dari rumput yang terbakar dan pada pagi perhimpunan, udara di sekolah dicemari bau asap ditambah jerebu yang sedang melanda...







Dunia semakin ke penghujung...tiada masa untuk bermain-main dan mengejar keseronokan dunia lagi...yang masih tidur, cepat-cepatlah bangun dari lena yang panjang...yang masih dibuai angan-angan dunia, sedarlah...hidup kita bukan hanya di dunia sahaja, akhirnya kita akan kembali pada-Nya dan di sanalah dunia yang kekal abadi....

2 comments:

Ummu Mishkah berkata...

Moga kita semua terhindar dari bala ini...

ummu berkata...

salam,bala dan musibah sebagai peringatan untuk orang2 yang mahu berfikir.

Blog Widget by LinkWithin