Artikel ini saya petik dari portal halaqah.net...artikel ini amat bagus untuk kita sama2 jadikan iktibar n pengajaran...moga ia tidak terjadi pada diri kita...Allah Maha Berkuasa...jika ia berkata "Jadi!", maka ia tetap akan terjadi...idfa' 'anna kulla bala id-dunya wa bala il-akhirah...wa syarrod-dunya wa syarrol-akhirat...
Acik ingin menasihatkan kepada para halaqian tentang satu permasalahan yang sedang berlaku secara tidak kita sedari, dengarkan
nasihat ini dan panjangkan nasihat ini kepada rakan-rakan anda.
Anak-anak perempuan yang memasuki alam remaja dan belum matang mudah terlibat dengan tipu daya manusia bertopengkan
syaitan.
Kejadian ini adalah kisah benar yang berlaku di sekolah suami acik (sek. berasrama penuh). Seorang pelajar tingkatan 5 tiba-tiba
datang mengadu kepada suami acik yang mengatakan dia di'cerobohi' oleh jin yang menyerupai lelaki yang dia kenal melalui telefon.
Sebenarnya dia menerima 'miss call' setahun lepas. Apabila dia menelefon semula dia dapati seorang lelaki yang dia tidak kenali ingin
menjalinkan persahabatan dengannya. Naluri remaja yang ingin ber'couple' atau berpasangan menyebabkannya setuju berkenalan
dengan lelaki tersebut. Dia berasa agak pelik kerana apa yang dilakukannya termasuk apabila dia memotong rambut, lelaki itu boleh
tahu walaupun dia tidak pernah bercerita sebelumnya. Segala gerak gerinya dapat dibaca dan seolah-olah lelaki ini ada di sisinya
walaupun sebenarnya lelaki itu berada jauh beratus-ratus kilometer jaraknya. Dia mula berasa takut tetapi menyimpan perasaan itu
dari pengetahuan orang lain sehinggalah terjadinya kejadian dia dicerobohi oleh jin tersebut. Dia menceritakan kejadian itu kepada
ibunya dan juga kawan baiknya. Sebenarnya pelajar ini telah terkena sihir melalui telefon.
Acik menceritakan hal ini bukanlah bertujuan untuk membuka aib orang tetapi ingin memberi peringatan kepada semua remaja yang
sememangnya suka ber'couple' agar berhati-hati. Jika pelajar tersebut tidak cepat sedar berkemungkinan kes kehilangan remaja
mengikut lelaki yang tidak dikenali akan berlaku.
Telah banyak kes remaja di sekolah atau di universiti tiba-tiba hilang dari rumah atau hilang tidak dapat dikesan apabila ingin pulang ke
rumah. Ada juga yang mengikut lelaki yang menggunakan ilmu sihir seperti kes sihir melalui telefon ini.
Oleh itu para remaja sekelian...JANGAN LAYAN MISS CALL YANG KITA TIDAK KENAL..
Ingat di dalam dunia ini, terdapat ramai lelaki yang belajar ilmu sihir untuk menunjukkan kehebatannya..
Sentiasalah berwaspada, berbanyaklah berselawat dan mengingati Allah agar terhindar dari manusia berniat jahat..
0 comments:
Catat Ulasan