HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...


Apabila bersahabat, kita dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda

Di dalam bersahabat, kadang2 adat bergurau itu terlebih usik. Jadi pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik

Jika ingin menjadi sahabat yang baik, janganlah terlalu celupar atau suka mengkritik kerana kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi

Adalah menjadi adab kita, tidak terlalu mengambil tahu hal peribadi org
terdekat dengan sahabat kita seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Jangan bertanya perkara sensitif

Perkara2 sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usahlah ditanya. Ia akan menyebabkan sahabat kita berasa rendah diri.

5. Pandai menyimpan rahsia

Sebagai seorang sahabat, kita haruslah pandai menyimpan rahsia sahabat kita terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya

Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri. Sebenarnya diri kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka berlagak dan sombong.

Jangan sesekali membuat muka berlagak dan sombong atau menghentak-hentakkan kaki dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat

Jangan sesekali kita bercakap mengikut sedap mulut tanpa memikir perasaan sahabat kita dan kesannya kepada sahabat kita. Ia akan membuatkan sahabat kita berkecil hati dan akan bermulalah bibit2 kerenggangan hubungan persahabatan.


9. Berita baik atau berita sedih sahabat

Berita baik atau berita sedih sahabat kita biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu 'busy body' dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

10. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat

Kita mestilah menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat kita. Tidak salah sekiranya kita beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain.

11. Beri peluang sahabat melepaskan amarah

Jika salah seorang marah, beri peluang sahabat kita melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas. Berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk adalah lebih baik. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.

12. Berdiam diri ketika sahabat marah

Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar &
angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan berbangga diri

Jangan sesekali memburukkan sahabat kita di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya haruslah bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t. Bersifat bersederhanalah dan jangan melampaui batas kerana Allah tidak suka orang2 yang melampaui batas.

14. Jagalah hati sahabat

Jagalah hati sahabat kita sebagaimana kita mahu sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya orang lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya. Kadang2 kerenggangan dalam hubungan persahabatan berpunca dari diri kita. Kita perlu faham sifat sahabat kita dan cuba jaga hatinya.

Cuba check diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita. Adakah kita sentiasa senang sama2 dan susah sama2 dengan sahabat kita? Apa yang kita lakukan tika sahabat kita ditimpa musibah seperti kemalangan, kematian orang tersayang dan menghadapi dugaan hidup yang bisa menggugat keimanannya? Di mana kita tika itu? Adakah kita bersama2 sahabat kita?

Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita? Apa puncanya sahabat kita makin berjauhan dengan kita? Mungkin ada yang dia tidak suka akan tindakan dan perilaku kita. Tepuk dada tanya iman di mana kita sebenarnya........

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin