HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...

Sejak akhir-akhir ni, aku banyak sangat ketawa. Terbahak-bahak pulak tu. Niat di hati, ketawa dan nak buat diri rasa ceria untuk lupakan semua kisah duka.

… tiba-tiba rasa bersalah pula dengan diri sendiri… Rasa macam menzalimi diri sendiri, sebab tak dapat nak control gelak. Dah tutup mulut, cover pakai tapak tangan pun, still ada bunyi jugak.. hadeih~ ….

Belek pada hati, …macam dah nyawa-nyawa ikan.. duka dilupakan, happy 24jam.. Sedangkan dalam Islam, kita dianjurkan Lebih Banyak Menangis, dan Kurang Ketawa..

I’m totally change. Aiyo. Maybe this is enough, and I need to be serious with my life. Takleh main-main 24jam. Final exam is just around the corner. Mak banyak kali pesan, buatlah ulangkaji awal.. Tapi aku masih belum dapat ikut cakap mak lagi.. ..sibuk dengan hal peribadi. Konon nak fikir sampai masalah peribadi tu selesai, penyudahnya? ..semuanya suatu pembaziran. Membazir masa, tenaga, dan wang sekaligus(sebab tidak berjimat).

Jika dilihat pada agama kita sendiri, Islam, penuh dengan pelbagai disiplin, dan adab. Dibolehkan ketawa, tapi ada batasnya. Ini bukan suatu kongkongan, tapi ia adalah suatu panduan agar martabat orang Islam tidak dipandang rendah oleh orang bukan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.”
(at-Taubah:82)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Untuk kita-kita yang kuat ketawa, ingatlah, bahawa, HATI YANG SUDAH MATI, akan mudah syaitan menakluki dan merajai diri, seterusnya akan membawa individu ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.

Jika hati sudah mati juga, punahlah keperibadia n manusia. Malah jika hati sudah rosak, maka binasalah juga maruah diri…

..kita kena ingat juga, mungkin ajal kita esok, dan sedarkah kita bahawa mungkin saat ini, kita ketawa sampai macam nak roboh rumah, padahal.. mungkin ajal akan menemui kita, satu jam selepas itu?

..Belek diri kita semula, okeh. Kita mungkin tak layak untuk asyik menuding jari pada orang lain. Jadi, lebih baik kita focus pada diri sendiri dulu, muhasabah diri. Jika ingin ketawa, ketawalah sebagai suatu pernyataan kesyukuran tetapi jangan pula sampai mematikan hati.

*Idea asal, NUR OKTOBER 2006
Sumber : http://www.azlina.net/blog/index.php/2006/10/04/banyak-ketawa-hati-mati/

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin