HiDuP iNi HanYa SeMenNtaRa...MungKin EsOk MungkIn LuSa KiTa Akan Mati...BuanGkAnLah RaSa MaRah DaN DendaM pAda Orang Di SekeLiLing Kita...MaAfkanLAh MereKa KiRanya MereKa BerSaLaH...mUnGkIn iTuLaH kaLi tErAkhir kItA aKaN bErTemU DengaNnYa...

Bagaimanakah keadaan kita ketika kita 'dijemput pulang'??Adakah begini??Moga kita mati dalam keadaan khusnul khatimah...amiin...



Kepadamu kekasih
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Bersama amali


Kepadamu kekasih
Aku bertanya
Apakah kau yang menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku
Ke sisi tanpa harga diri


Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu


Kepadamu kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini

Mungkin ada yang berdalih, “Aku tidak boleh berdakwah kepada orang lain kerana pengetahuanku sangat cetek tentang Islam.” Bagaimana menjawab pernyataan seperti itu?


Katakan kepadanya sabda Rasulullah SAW, “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu. Barangsiapa berdusta dengan atas namaku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka.”[HR Tirmidzi dan Ibnu Umar]


Walau hanya memahami satu ayat, sampaikanlah kepada orang lain. Walau mendapatkan ilmu dari khutbah Jumaat, sampaikanlah pula kepada orang lain. Jika menghadiri pengajian majlis taklim, datangilah sanak saudara lalu ceritakanlah apa yang anda dapatkan dari pengajian tersebut.


Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata, “Orang yang mengetahui suatu permasalahan, ia dianggap pakar di bidang itu.”


Biasanya orang muda mungkin mengajukan alasan yang lain, “Aku belum lama pakai tudung/belajar ugama dan masih banyak dosa yang menghalangiku untuk berdakwah kepada teman-temanku.”


Sekali lagi jangan jadikan dosa anda sebagai penghalang untuk berdakwah.


Allah SWT berfirman,


“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri (kewajibanmu sendiri). "[Al Baqarah : 44]


Yang dilarang oleh ayat itu adalah melupakan diri sendiri. Akan tetapi bilakah waktunya berdakwah menjadi haram? iaitu ketika anda menyuruh orang lain berbuat kebaikan sementara anda tidak berusaha mengerjakannya. Sebagai contoh, seseorang belum boleh ghaddul bashar (menundukkan pandangannya) dan ia melihat orang lain tidak menundukkan pandangannya. Apakah harus melarangnya atau tidak? Tentu saja harus melarangnya. Katakan kepada orang itu, “Hai Fulan, tundukkan pandanganmu”, dan katakan kepada diri anda sendiri, “Ya Allah, saksikanlah, mulai saat ini aku akan menjaga pandanganku.”


Berdakwah sesungguhnya membantu anda dalam memperbaiki diri Anda sendiri. Andalah yang lebih dahulu mengambil manfaat darinya. Oleh kerana, jika ingin memperbaharui iman, berdakwahlah! Setahap demi setahap keimanan itu akan kembali terbaharui.


Imam Ibnu Taimiyah berkata, “Jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sampai keimananku betul-betul sempurna.” Sesungguhnya orang itu dihadapkan kepada dua pilihan. Boleh jadi suatu hari nanti ia akan mengatakan “Imanku telah sempurna,” ketahuilah bahwa dengan berkata seperti itu, sesungguhnya ia telah atau ia akan menemui ajalnya sementara imannya belum juga sempurna.”


Bagaimana penyelesaiannya? Berdakwahlah dengan keimanan anda dengan seadanya. Menyebarkan Islam adalah tanggung jawab kita semua.


“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”[Ar Ra’d: 11]


Islam tidak akan tampil memimpin dengan pedang, senjata dan perang. Islam hanya akan jaya dengan apa yang telah Rasulullah SAW rintis. Beliau dahulu seorang diri di muka bumi kemudian mencari pendamping. Mulailah Rasulullah SAW mendakwahi Abu Bakar ra. Mereka berdua muncul dan teguh di tengah-tengah masyarakat kafir ketika itu. Bagaimana dengan anda? Bukankah satu seperempat juta penduduk bumi ini sudah beridentitikan Muslim?


Abu Bakar masuk Islam dan berhasil merekut 7 orang lainnya. Dari 7 orang bertambah menjadi 70 orang. Enam orang penduduk Madinah mendatangi Rasulullah SAW, mereka berjanji, “Tahun depan kami akan kembali.” Mereka pun kembali tahun berikutnya sebanyak 12 orang. Satu tahun setelah itu jumlah mereka mencapai 73 orang laki-laki dan 2 orang perempuan. Nabi SAW menyuruh mereka kembali,” Pulanglah dan aku akan menemui kalian tahun depan.” Pada tahun yang dijanjikan itu, Nabi berhijrah dan tak satu rumah pun yang tersisa kecuali seluruh penghuninya telah memeluk Islam.


Permasalahannya mudah dan sederhana. Ajaklah dengan penuh berhikmah orang yang di samping anda dengan keimanan anda seadanya!


“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang salih (diantara kamu) bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa.”[An Nur : 55]


sumber : Romantika Yusuf, Amru Khalid, Maghfirah Pustaka, 2004

Penulis asal artikel adalah ustaz maszlee malik,pensyarah usul fiqh kat UIA.




-rasanya semua kita pastinya bercinta dengan orang yang kita suka,apatah lagi dah nama nya pun menyintai,rata-rata kita tentunya mahu menyintai dan memiliki kan?


-maka jika dah memang kita yakin si dia adalah orangnya untuk kita,apa tunggu lagi?’couple’ lah!! Islam tidak pernah menghalang cinta. Cuba fikir logik,jika dah ibadat kita pun lain dengan ibadat agama lain,maka islam yang kita yakini sebagai cara hidup kita pun ada couple cara islam yang sudah tentunya berbeza ngan couple agama lain/fahaman orang yang tak beragama..ye dak?logik kan?


- jadi,bagaimanakah couple yang halal dalam islam?nama islamik bagi ‘couple’ halal ialah nikah khitbah,dalam bahasa kita ianya dipanggil nikah gantung (lebih baik guna nama islamik ye dak? bunyi pun sedap sikit)


- kat sini saya keluarkan ‘point-point’ yg diutarakan oleh penulis asal artikel berkenaan ‘coupling’ halal atau bahasa islamik nya "nikah khitbah"


antara petikan artikel asal :


1) “Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.


”Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan tu untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.


2)” Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpeleseran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.”


3) “Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.”


4) “Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.”

Hidup perlu gembira. Kegembiraanlah yang melahirkan rasa bahagia dan di situlah nikmat kehidupan. Apapun kita boleh lakukan. Kalau kita suka dan gembira dengannya, pekerjaan yang kita lakukan tidak akan terasa letih dan bosan sekiranya kita suka dan gembira dengan pekerjaan tersebut.

Begitu jugalah kehidupan dalam keluarga akan lebih bermakna sekiranya kita dapat merasa gembira bersama ahli keluarga. Melihat dan memerhatikan telatah anak, suami atau isteri, membuatkan hati kita bertambah lapang dan tenteram, bukan sebaliknya. Kalau sebaliknya bermakna kita menghadapi tekanan yang negatif lantas muncullah perasaan sedih, pilu, marah, bosan dan sebagainya.
Kegembiraan hidup menjadi milik setiap individu yang mahu mencarinya. Semua orang berhak hidup dalam kegembiraan dalam apa situasi yang mereka lalui. Kata cerdik pandai, “Kegembiraan merupakan seni yang dapat dipelajari.” Dengan kata lain, sesiapa yang mengetahui cara memperoleh, merasakan dan menikmati kegembiraan, maka ia akan dapat memanfaatkan pelbagai kenikmatan dan kemudahan hidup, baik yang ada di hadapannya mahupun yang masih jauh berada di hadapannya.
Kasih Sayang
Para
sahabat merupakan individu yang amat gembira bilamana mereka berada berdampingan dengan diri Rasulullah. Sungguhpun kehidupan Rasulullah dipenuhi dengan pelbagai kesulitan dan kesengsaraan akibat kerja-kerja dakwahnya, para sahabat merasai kebahagiaan dan ketenangan bersama-sama Rasulullah dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan.
Ada
banyak faktor yang membuatkan kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah semakin mendalam sehingga mereka cukup gembira mendampingi baginda. Antaranya, saat bersama Rasulullah mereka sentiasa merasakan kenikmatan hidup, saat berada di sisinya mereka merasai kehangatan kasih sayang dan ketulusan hati, saat berada di bawah payung ajarannya mereka merasakan ketenteraman, dengan mematuhi segala suruhannya mereka mendapat keselamatan dan dengan mengikut sunnah-sunnahnya mereka mendapat kekuatan dalaman.
Sesungguhnya modal utama bagi memperoleh kebahagiaan dan kegembiraan adalah kekuatan dan kemampuan diri untuk menanggung segala bebanan kehidupan. Ketika berhadapan dengan suatu suasana yang genting, hati dan perasaan tidak mudah goyah. Hati dan perasaan tidak pernah berasa takut dan gentar dengan apa jua peristiwa yang terjadi di hadapannya. Individu yang selalu membiasakan dirinya dengan sifat sabar dan memiliki daya tahan yang tinggi, nescaya segala tekanan hidup akan terasa ringan dan mudah.
Gambaran kebahagiaan seperti ini terpancar dalam kehidupan para sahabat Rasulullah pada peringkat awal dakwah Islam yang dipenuhi dengan tentangan fizikal, mental dan emosi yang tiada tolok bandingnya. Mereka memperoleh kegembiraan dalam perjuangan menghapuskan kemungkaran. Sungguhpun bilangan mereka sedikit, daya tahan dan kesabaran mereka dikagumi oleh Rasulullah dan mendapat sanjungan daripada Allah.
Pemikiran
Kegembiraan juga berkait-rapat dengan cara seseorang individu mengendalikan pemikiran dalam mengharungi kehidupan. Pemikiran seharusnya digunakan untuk memikirkan perkara-perkara yang baik dan positif serta digunakan dalam perancangan hidup yang boleh membawa kepada kebahagiaan dan kegembiraan.

Pemikiran yang tidak dipandu akan mudah kembali mengingatkan peristiwa-peristiwa silam sehingga menimbulkan kesedihan dan trauma yang berterusan dalam hidup. Pemikiran tentang masa hadapan yang tidak didasarkan kepada hakikat kehidupan sebenar boleh mengundang kebimbangan, keluh-kesah dan rasa cemas.
Akal pemikiran manusia sering berkait-rapat dengan faktor masa dan ruang, sehingga menjadikan seseorang individu berada dalam hambatan masa lalu dan masa akan datang. Sekiranya akal fikiran sentiasa menangisi kenangan hidup masa lalu, maka berlakulah kesedihan dan gundah-gulana. Sekiranya tumpuan akal fikiran diarahkan kepada masa hadapan, kebimbangan dan rasa cemas akan menyelinap pada diri individu. Sedih adalah fikiran dan perasaan masa lalu, cemas dan bimbang adalah fikiran dan perasaan mengenai masa depan dan akan datang.
Pemikiran harus ditumpukan kepada apa yang ada pada hari ini untuk dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriaan. “Hari ini milik anda” merupakan ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagiaan dan kegembiraan, kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.
Akal fikiran
Bagi memperoleh kebahagiaan, realiti kehidupan duniawi juga semestinya dipandang dari kedudukan yang betul, bersesuaian dengan fitrah semulajadinya. Dalam melihat dunia dan segala permainan dan tipu dayanya, memerlukan seseorang individu menggunakan pancaran akal dan mata hati yang dipimpin oleh keimanan, bukan menerusi pandangan hawa nafsu semata-mata.
Kehidupan duniawi merupakan suatu medan ujian bagi menentukan status dan kedudukan individu di sisi Penciptanya. Setiap apa yang terjadi mempunyai hikmah dan manfaat kepada manusia sungguhpun akal pemikiran manusia sukar mencapai hakikatnya. Baik buruk hasil yang diperoleh bukanlah terletak dalam ketentuan manusia tetapi manusia harus menerima segala ketentuan yang telah diputuskan oleh yang berhak menentukannya.
Rasa redha dengan apa yang terjadi, bersikap positif dalam setiap perkara yang berlaku, tidak bersikap buruk sangka sesama manusia lebih-lebih lagi kepada Allah, akan membina satu kekuatan spiritual yang mendalam dalam jiwa sehingga terbitnya kegembiraan dan kebahagiaan dalam apa juga mehnah dan tribulasi kehidupan di dunia.
Pokok pangkal kegembiraan dan kebahagiaan individu terletak pada hati yang bersih dari segala sifat-sifat negatif dan keji. Kecerdasan spiritual yang tunduk dengan segala ketentuan dan perancangan Allah akan dapat melihat keluasan dunia ini sebenarnya menjadi tanda kebesaran Penciptanya dalam mengatur seluruh kehidupan di atasnya. Kegembiraan sebenar terletak pada diri manusia itu sendiri, bukannya pada faktor persekitaran yang selalunya berubah dan tidak kekal. Peribahasa Cina ada menyebutkan, “Bagi orang yang berpuashati kemiskinan dan kegelapan pun membawa kebahagiaan, manakala bagi orang yang tidak berpuashati, kekayaan dan penghormatan membawa kesedihan.” Kebahagiaan dan kegembiraan adalah rahsia di sebalik kerelaan, ketenangan dan rasa aman. Untuk terus berasa tenang dan bahagia, terimalah seadanya apa yang telah berlaku dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kejayaan dan kecemerlangan daripada kegagalan dan kekecewaan yang lalu.
Impikan bahagia
Kegembiraan dan kebahagiaan dalam erti kata yang sebenarnya sukar untuk diperoleh dalam kehidupan di dunia. Rasulullah sebagai insan maksum pernah melalui detik-detik kesedihan dan kepiluan dalam memperhambakan dirinya kepada Allah. Sungguhpun begitu, kesedihan yang berlaku ini menjadi kekuatan baginya untuk meneruskan kehidupan dalam mengejar kegembiraan dan kebahagiaan hakiki di akhirat nanti. Setiap individu mengimpikan kehidupan yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Dalam usaha membina kehidupan yang penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan, setiap individu perlu bijak mengurus kekuatan diri yang telah dianugerahkan Allah untuknya kerana kegembiraan sebenarnya terletak pada hati dan perasaan kita.
Oleh itu carilah kegembiraan dalam diri dalam kehidupan duniawi kerana ianya menjadi syarat untuk memperoleh kegembiraan dalam kehidupan ukhrawi nanti. Allah mengingatkan, “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.

Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
(Surah al-Hadid;22-23)
Blog Widget by LinkWithin